PSS

"Membaca membentuk keperibadian, menulis membentuk kesempurnaan"

Pengenalan

Definisi Pusat Sumber

Pusat Sumber adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematis. Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai asas serta kemahiran maklumat pendidikan.




Objektif




1.        Kecemerlangan pendidikan - meningkatkan mutu pengajaran &  pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.
2.        Penggunaan kemudahan - mengalakkan murid dan guru menggunakan  pelbagai kemudahan pembelajaran supaya tidak hanya bergantung kepada  buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
3.        Pemupukan tabiat belajar - memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan  menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara  sistematis.
4.        Penghasilan bahan - membantu murid dan guru menghasilkan, menilai dan  meggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran & pembelajaran.
5.        Perkhidmatan pembelajaran - mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi  keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan murid.
6.        Kemahiran maklumat - melatih murid menggunakan maklumat dalam proses  pembelajaran.




Fungsi


1.        Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum  dan ko-kurikulum.
2.        Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara  individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
3.        Merupakan tempat bahan pengajaran & pembelajaran dapat dipilih dan  dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
4.        Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat  yang lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
5.        Memberi panduan mencari, mengguna, menghasilkan dan  mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
6.        Mengalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran  maklumat.
7.        Menyediakan peluang murid mengembangkan kemahiran maklumat.
8.        Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
9.        Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan  keperluan semasa dan pengembangan terkini dalam bidang pendidikan dan  teknologi.
10.    Menyediakan alatan reprografi dan rakam salin serta memberi  perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.

No comments:

Post a Comment

MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH: 18 SEPTEMBER 2017 HARI: ISNIN MASA: 7.30 PAGI TEMPAT: DEWAN PANGLIMA Objektif: Memupuk dan menyemarakkan semangat p...